comscore
Tumpuan :
Nasional

Helikopter terhempas: Bumi Sik dibasahi hujan, sambut kepulangan jenazah Muhammad Faisol

Oleh: Kumaran Rajamoney

SIK: Hujan disepanjang hari di Sik seakan menyambut kepulangan jenazah Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun, 36, yang terkorban dalam nahas membabitkan dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pagi semalam.

Jenazah tiba di Masjid Al-Muhtadin Sik Dalam, di sini kira-kira pukul 9.20 malam dan disembahyangkan.

Jenazah Muhammad Faisol dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sik Masjid Al-Muhtadin Sik Dalam dan dilakukan mengikut istiadat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Suasana sayu menyelubungi proses pengebumian Allahyarham.

Jenazah ditempatkan bersebelahan pusara ibunya, Fatimah Abdullah yang meninggal dunia pada Ogos tahun lalu manakala bapanya, Tamadun Othman meninggal dunia pada Januari tahun lalu.

Lebih 1,000 ahli keluarga, saudara mara dan rakan arwah memenuhi kawasan perkuburan berkenaan.

Jenazah selamat dikebumikan pada jam 10.10 malam.

Jenazah Muhammad Faisol sebelum itu dibawa pulang ke rumah keluarganya sebelum bergerak ke masjid.

Allahyarham meninggalkan isteri, Norsyuhada Jamil dan dua anak perempuan berusia 10 dan 6 tahun.

Terdahulu jenazah Muhammad Faisol dan tujuh lagi mangsa beragama Islam dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak petang tadi selepas selesai proses bedah siasat.

Semua jenazah kemudian dibawa ke Surau Salahuddin Al Ayubi di Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Tambun untuk solat jenazah sebelum bergerak ke lokasi pengebumian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini