comscore
Tumpuan :
Nasional

Helikopter Terhempas: Jasad Sivasutan, Joanna akan disemadi di kampung halaman masing-masing

KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM) memaklumkan jenazah mendiang Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan TLDM dibawa pulang ke kediaman keluarganya di Sitiawan, Perak sebaik proses bedah siasat selesai petang ini.

Anggota TLDM dan ahli keluarga membawa kelengkapan untuk jenazah mendiang Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan di pekarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun.

TLDM memaklumkan jenazah mendiang akan disemadikan esok.

Manakala, jenazah Mendiang Laskar Kanan JJM Joanna Felicia anak Rohna akan dibawa pulang ke Serian, Sarawak untuk disemadikan menggunakan pesawat C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pihak pengurusan tertinggi TLDM yang dilantik telah menghubungi waris mangsa melalui unit masing-masing tentang kejadian ini.

TLDM akan terus memberi sokongan dari segi bantuan pengurusan jenazah dan sebarang keperluan daripada pihak waris sebaik mungkin.

Sementara itu jenazah mangsa beragama Islam dibawa ke Kem Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh untuk solat jenazah.

Proses bedah siasat ke atas 10 mangsa tragedi helikopter terhempas ini yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan selesai pada jam 2.20 petang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini