comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Helikopter terhempas: Jenazah Wan Rezaudeen Kamal dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah

Oleh: Fatin Hanani Sahimi

KUALA LUMPUR: Jenazah Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin tiba di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Jalan KL- Karak jam  9.20 malam tadi.

Ketibaan jenazah disambut Pasukan Kawalan Jenazah seramai 14 anggota lain-lain pangkat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Jenazah terlebih dahulu disembahyangkan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi Taman Melati, Kuala Lumpur kira kira jam 8.20 malam.

Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Panglima TLDM, Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain.

Wan Rezaudeen, 37, merupakan seorang daripada 10 mangsa korban nahas dua helikopter TLDM bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, semalam.

Terdahulu proses bedah siasat ke atas 10 mangsa insiden helikopter terhempas yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak selesai pada 2.20 petang tadi.

Lapan jenazah daripada mangsa beragama Islam dibawa ke Kem Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh untuk solat jenazah sebelum dikebumikan di tanah perkuburan mengikut permintaan keluarga masing-masing.

Manakala mendiang Leftenan T Sivasutan pula dibawa ke kediaman keluarganya di Sitiawan dan mayat Laskar Kelas JJM, Joanna Felicia anak Rohna akan diterbangkan ke Kuching, Sarawak.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini