comscore
Tumpuan :
Nasional

Isu 3R: Chegu Bard didakwa di Mahkamah Sesyen KL hari ini

Ahli Jawatankuasa Penerangan BERSATU, Badrul Hisham Shaharin.- FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.

Peguam Rafique Rashid Ali yang mewakili Badrul Hisham ketika dihubungi BERNAMA berkata, anak guamnya akan didakwa pada jam 9.30 pagi ini.

Menurut peguam itu, beliau menerima pengesahan berhubung perkara itu daripada pihak Bukit Aman.

Rafique Rashid berkata, Badrul Hisham yang juga Ahli Jawatankuasa Penerangan BERSATU, akan berdepan pertuduhan mengeluarkan kenyataan memfitnah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan satu lagi pertuduhan menghasut mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

“Kenyataan memfitnah oleh pemilik akaun Facebook Chegu Bard yang menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan pertuduhan menghasut berhubung isu pengasas KK Supermart & Superstore Sdn Bhd menghadap Sultan Ibrahim,” kata peguam itu.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, Chegu Bard ditahan dan reman dua hari untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.

“Tangkapan berhubung hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dengan isu pembinaan kasino di Forest City serta membabitkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai benteng kritikan,” katanya menerusi kenyataan. – BERNAMA

Loading...
Terkini