comscore
Tumpuan :
Nasional

Jenazah Allahyarham Tun Hanif selamat dikebumikan 

Oleh: Fatin Hanani Sahimi

KUALA LUMPUR: Jenazah Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar selamat dikebumikan pada jam 3.17 petang tadi.

Bekas Ketua Polis Negara keempat itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, bersebelahan dengan pusara anaknya, arwah Ahmad Jamal Omar yang meninggal dunia pada tahun 2013.

Terdahulu jenazah disembahyangkan di Masjid Negara selepas solat zohor sebelum dibawa ke tanah perkuburan jam 2.35 petang.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 2.15 pagi di rumah keluarga akibat sakit buah pinggang.

Arwah Tun Mohammad Hanif Omar meninggalkan seorang balu dan lima orang anak.

Tun Mohammad Hanif Omar merupakan Ketua Polis Negara paling lama berkhidmat iaitu selama 20 tahun.

Beliau dilantik sebagai KPN pada usia 35 tahun pada 8 Jun 1974 bagi menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang telah terbunuh ditembak komunis.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini