comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan Pahang pertimbang bantuan khas Aidilfitri

Wan Rosdy pada Majlis Penyerahan Dividen Ladang Usahasama Integrasi Lembu dan Sawit PPRT Bukit Gayong, Muadzam Shah, Rompin. -Foto Asrol Awang

KUANTAN: Kerajaan Pahang sedia menimbang pemberian bantuan khas Aidilfitri kepada kira-kira 8,000 penjawat awam negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata setakat ini, beliau sedang mengkaji kedudukan kewangan kerajaan negeri.

“Sebenarnya bantuan khas Aidilfitri sedia dipertimbangkan tetapi tidak semestinya diluluskan. Namun, kerajaan negeri sedang mempertimbangkan terutama mengkaji dari segi kedudukan kewangan,” katanya.

Wan Rosdy berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Penyerahan Dividen Ladang Usahasama Integrasi Lembu dan Sawit PPRT Bukit Gayong, Muadzam Shah, Rompin kepada peserta E-Kasih di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 336 peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), masing-masing menerima RM5,306 setiap peserta dengan membabitkan jumlah keseluruhan bayaran berjumlah RM1.78 juta bagi pembayaran berakhir tahun 2022.

Dengan pembayaran dividen itu, beliau menasihatkan semua peserta berjimat cermat dan berhemah ketika berbelanja.

“Pembayaran dividen ini pasti lebih bermakna kerana kita akan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, lebih-lebih lagi dalam membuat persiapan menyambut hari raya.

“Kerajaan negeri percaya dividen yang diterima ini dapat meringankan beban kepada peserta,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini