comscore
Tumpuan :
Nasional

KPDN Perak sita 300 kg gula, 130 kg minyak masak

Anggota KPDN Perak menyita 300 kilogram (kg) gula dan 130 kg minyak masak menerusi pemeriksaan terhadap sebuah premis perniagaan runcit di Slim River, petang semalam. -Foto ihsan KPDN Perak

TAPAH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 300 kilogram (kg) gula dan 130 kg minyak masak menerusi pemeriksaan terhadap sebuah premis perniagaan runcit di Slim River, petang semalam.

Ia berikutan pemilik premis perniagaan dikesan menjalankan aktiviti menyimpan barang kawalan tanpa lesen di premis perniagaan runcit terbabit.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, ketika pemeriksaan kira-kira jam 1.30 petang semalam, menerusi Op Pantau 2024 (Bekalan), hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak penguatkuasaan telah berjaya menemui sejumlah barang kawalan berkenaan.

Katanya, peniaga diarah membuat pengistiharan stok di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 namun peniaga terbabit gagal mengemukakan lesen di alamat premis berkenaan.

“Kegagalan pemilik mengemukakan lesen itu membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu menyimpan barang kawalan di tempat yang bukan dilesenkan.

” Sehubungan itu, sebanyak 300 kilogram (kg) gula dan 130 kg minyak masak telah disita dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM 1,180,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kamalludin berkata, kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya, pihak KPDN memberi peringatan agar peniaga tidak mengenakan apa-apa syarat bagi pembelian barang kawalan dan tidak menyorok barang berkenaan bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini