comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki ditemui lemas, lari dari operasi polis

KUALA SELANGOR: Seorang lelaki ditemui lemas selepas cuba melarikan diri daripada operasi polis di Jalan Bagan Sungai Yu, Pasir Penambang, di sini, hari ini.

Mayat lelaki berusia 43 tahun itu ditemui pada jam 12.16 tengah hari, kira-kira 700 meter dari lokasi mangsa jatuh.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata,
sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi sebaik menerima laporan mengenai kejadian.

“Menurut laporan awal, mangsa dipercayai lemas di dalam sungai ketika operasi tangkapan dilakukan polis.

“Kerja-kerja pencarian kemudian dijalankan dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA),” katanya.

Ahmad Mukhlis berkata, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini