comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Nahas lima kenderaan, pemandu tersepit dalam lori

PETALING JAYA: Seorang pemandu lori tanah menanggung kesakitan hampir sejam selepas tersepit dalam kenderaannya akibat kemalangan melibatkan lima kenderaan di Sepang.

Mangsa dikeluarkan oleh pasukan bomba dan mengalami kecederaan di bahagian kaki.

Beberapa video kemalangan itu tular di media sosial.

Antaranya video yang dirakam kamera papan pemuka sebuah kereta yang turut dirempuh oleh sebuah lori treler muatan tanah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 10.29 pagi.

Seramai 13 anggota bersama dua buah jentera dan sebuah EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja menyelamat.

Akibat rempuhan itu, sebuah lori yang juga membawa muatan tanah terbabas ke bawah jejambat lalu terbalik.

Pemandu lori yang berusia dalam lingkungan 50-an tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kaki itu berjaya dikeluarkan anggota bomba pada jam 11.28 pagi.

Selain itu, kemalangan turut melibatkan sebuah treler membawa muatan tanah serta tiga kereta.

Seorang lagi mangsa berumur lingkungan 40-an yang mengalami cedera ringan kemudiannya dibawa Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini