comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pecah masuk rumah, lelaki bersenjatakan pisau pemotong daging dicekup

 

PASIR GUDANG: Polis menahan seorang lelaki warga tempatan selepas memecah masuk sebuah kediaman di Pasir Gudang di sini malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Mohd Sohaimi Ishak lelaki berusia 20 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima maklumat berkaitan kes pecah masuk sebuah rumah pada jam 9 malam semalam.

Katanya ketika tangkapan dilakukan berlaku pergelutan berikutan suspek cuba melarikan diri namun dia gagal berbuat demikian.

Turut dirampas sebilah pisau pemotong daging dan sebuah kerusi plastik bewarna coklat yang mempunyai kaitan dengan kes.

Katanya, perintah reman terhadap suspek dibenarkan selama empat hari mulai hari ini hingga Ahad ini.

“Hasil semakan rekod lampau mendapati suspek memiliki satu rekod kesalahan dadah dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati negatif.

“Siasatan dijalankan bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga lima tahun dan hendaklah dikenakan denda dan jika kesalahan mencuri maka tempoh pemenjaraan boleh dilanjut sehingga 14 tahun dan bagi mana-mana satu kesalahan itu yang dilakukan kali yang kedua atau yang kemudian hendaklah juga dikenakan denda atau sebatan.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu proses siasatan dan menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Video kejadian tangkapan lelaki itu tular di Laman sosial Facebook (FB) yang dimuat naik oleh pengendali akaun JOHOR DARULTA’ZIM sebelum polis mengesahkan kejadian berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini