comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PM persoal tindakan jemput ‘Sarjana Jadian’


Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan menjemput Profesor dipercayai Pro-Israel ke negara ini.

Katanya Ahli Akademik terbabit tidak sepatutnya dijemput dari awal lagi.

“Mediocre scholar (sarjana ‘pura-pura’ atau ‘jadian’) tidak sepatutnya dibawa sebagai profesor jemputan, dari awal lagi,”katanya ringkas.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Kampus dan Pecah Tanah Pusat Simulasi Penerbangan Akademi Malaysia Airlines Bhd (MAB) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Pada 9 April lalu, Institut Pengajian Cina UM mengeluarkan jemputan terbuka untuk seminar yang bertajuk “Reassessing Republican China” yang menampilkan Gilley pada 25 April 2024.

Pada 16 April lalu, Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik mengumumkan program Visiting Professor Program 2024 (Program Profesor Pelawat 2024) dimana Gilley dijemput untuk menyampaikan syarahan dan mengendalikan bengkel selama tiga hari mulai 22 sehingga 24 April lalu.

Pada hari kedua iaitu 23 April, ketika menyampaikan syarahan yang bertajuk “Will Malaysia Become an Active Middle Power?” Bruce mengeluarkan kenyataan berbunyi “A country whose political leaders advocate a second Holocaust against the Jewish people will never be a serious player in world affairs, and will certainly never be a friend or partner of the United States” ketika memberi syarahan.

Kenyataan itu kemudian dikongsikan semula menerusi ciapan di laman X milik peribadinya, yang menarik perhatian masyarakat Malaysia terutamanya mahasiswa UM.

Susulan insiden itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) turut mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial dibatalkan segera.

Semalam, Universiti Malaya (UM) tampil memohon maaf kepada semua pihak sambil melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan terbabit.

Menerusi kenyataan terbabit laporan lengkap berhubung isu ini sedang disediakan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati terbabit dengan isu ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini