comscore
Tumpuan :
Nasional

SPRM beri lanjutan 30 hari untuk Mirzan, Mokhzani isytihar harta

 

Mirzan (kanan) dan Tan Sri Mokhzani Mahathir diberikan tempoh lanjutan 30 hari lagi untuk mengikrarkan aset masing-masing kepada SPRM.

KUALA LUMPUR: Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diberikan tempoh lanjutan 30 hari lagi untuk mengikrarkan aset masing-masing kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara itu disahkan Muhammad Nizamuddin Abdul Hamid, peguam yang mewakili Mirzan dan adiknya, Tan Sri Mokhzani ketika dihubungi hari ini.

“Kami menerima notis daripada SPRM (mengenai lanjutan tempoh itu) awal hari ini,” katanya ringkas melalui WhatsApp.

Pada 18 Januari lalu, SPRM dilapor memanggil Mirzan yang juga anak sulung Mahathir bagi membantu siasatan berkait kekayaannya dengan notis untuk mengisytiharkan harta dikeluarkan kepadanya.

Mokhzani pula dilapor disiasat disiasat di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan turut dikehendaki mengisytiharkan harta SPRM dalam tempoh ditetapkan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dipetik berkata, dua anak bekas perdana menteri itu boleh didakwa jika gagal mengisytiharkan harta mereka kepada agensi berkenaan.

Mirzan dan Mokhazni melalui kenyataan media susulan bagaimanapun meminta SPRM bersabar dan menjelaskan mustahil untuk mengumpulkan maklumat selama 43 tahun.

Menurut Mirzan dan Mokhzani, SPRM meminta senarai aset sejak 1981 iaitu bermula tahun pertama Mahathir menjadi perdana menteri.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini