comscore
Tumpuan :
Nasional

[TERKINI] [VIDEO] Helikopter terhempas: Kesemua 10 jenazah tiba di Jabatan Forensik HRPB

IPOH: Kesemua 10 jenazah tragedi dua buah helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut selamat tiba di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) tepat jam 6 petang diiringi konvoi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Difahamkan proses bedah siasat serta pengecaman mayat akan dijalankan terlebih dahulu, sebelum dituntut oleh waris.

Ketika ini, beberapa waris keluarga mangsa juga telah berkumpul di perkarangan Jabatan Forensik HRPB sebelum menuntut jenazah untuk proses pengebumian.

10 anggota maut apabila nahas dua helikoter terhempas ketika sesi latihan lintas hormat sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi tadi.

Insiden itu melibatkan helikopter Operasi Maritim (HOM) jenis AW139 dan Fennec M502-6.

Pesawat HOM terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut, manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Ketika kejadian, pesawat HOM membawa empat kru dengan tiga penumpang, manakala Fennec membawa tiga kru.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini