comscore
Tumpuan :
Nasional

Tun Hanif Omar legenda PDRM – KPN

Oleh: Fatin Hanani Sahimi

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai seorang legenda besar dalam bidang kepolisan negara.

Beliau yang ditemui di Masjid Negara memaklumkan pemergian Allahyarham juga merupakan kehilangan besar dalam keluarga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Sepanjang hayat arwah bersama PDRM, saya anggap arwah seorang legenda.

“Arwah seorang yang tegas dan bijaksana, cekap dalam membuat keputusan terutama membabitkan pasukan PDRM dan Kerajaan,” katanya.

Tambah Razaruddin, beliau dan seluruh keluarga besar PDRM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Hanif Omar.

“Banyak jasa Allahyarham dicurahkan kepada PDRM sepanjang 20 tahun berkhidmat, itu satu jangka masa yang panjang. Allahyarham saya anggap yang bijaksana mempunyai pegangan tersendiri,” katanya.

Allahyarham merupakan bekas Ketua Polis meninggal dunia jam 2.15 pagi tadi akibat sakit buah pinggang.

Tun Mohammed Hanif Omar merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang keempat dan juga Ketua Polis Negara paling lama berkhidmat iaitu selama 20 tahun.

Beliau dilantik sebagai KPN pada usia 35 tahun pada 8 Jun 1974 bagi menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang terbunuh ditembak komunis.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini