comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga emas ditemui lemas selepas dilapor hilang ketika memukat

Anggota bomba dibantu penduduk kampung mengangkat mayat mangsa selepas ditemukan petang tadi. – Foto: NSTP

PUTATAN: Seorang lelaki yang hilang ketika memukat ikan bersama anak saudaranya di laut berhampiran Kuala Putatan 2, di sini, ditemui lemas petang tadi.

Mangsa, 71, ditemukan orang awam jam 3.56 petang kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zeno Tinggalan berkata, mengikut laporan anak saudara mangsa, mereka turun bersama ke laut untuk memukat ikan sebelum mangsa disedari hilang jam 12 tengah hari.

“Kejadian dilaporkan kepada polis sebelum dimaklumkan kepada pihak BBP Penampang jam 2.02 petang sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam.

“Mangsa ditemukan orang awam jam 3.56 petang sebelum mayat dibawa ke kawasan darat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini