comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga emas melecur dalam kebakaran rumah dua tingkat

FOTO: JBPM Sabah

Oleh: Safwan Sawi

PENAMPANG: Seorang lelaki warga emas melecur belakang badan ketika cuba menyelamatkan barang miliknya selepas rumahnya terbakar di Jalan Hiko, Kampung Hungab, di sini, lewat malam tadi.

Mangsa dikenali Fabianus Soon berusia 65 tahun dipercayai disambar api namun tidak parah dan dihantar ke hospital oleh ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.47 malam.

Sepasukan anggota dan pegawai dikerahkan ke lokasi kejadian sejauh kira-kira dua kilometer dari balai bomba menggunakan dua jentera.

FOTO: JBPM Sabah

Kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal dua tingkat terbakar sepenuhnya.

“Lapor kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal 2 tingkat berkeluasan 30x50kaki terbakar 100%.

“Turut terbakar 2 buah kereta jenis perodua Kancil dan perodua Rusa terbakar 100%. Operasi pemadaman 1 aliran 200 kaki 2 pancutan,” kata kenyataan itu di sini, hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran dua pancutan.

“Operasi terkawal jam 11.34 malam dan terdapat seorang mangsa terbabit melecur di belakang badan. Mangsa dihantar ke hospital oleh ambulans KKM untuk rawatan lanjut,” katanya

Operasi ditamatkan pada 1.05 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini