comscore
Tumpuan :
Sukan

Chelsea jadi mangsa amukan Arsenal

Kai Havertz sumbat dua gol bantu pesta gol Arsenal di Emirates. FOTO: fail Reuters

LONDON: Kai Havertz dan Ben White masing-masing meledak dua gol ketika Arsenal membelasah Chelsea 5-0 dan melebarkan jurang di puncak Liga Perdana Inggeris.

Leandro Trossard turut menemui sasaran dalam kemenangan terbesar ke atas Chelsea oleh Arsenal, yang kini berada tiga mata di depan Liverpool dan empat mengatasi Manchester City.

Bagaimanapun peluang kejuaraan terletak di tangan juara bertahan, City yang bermain kurang dua perlawanan berbanding Arsenal.

Liverpool juga kurang satu perlawanan di belakang pendahulu itu dan akan melengkapkannya di Everton malam ini.

Bagaimanapun Arsenal kendalian Mikel Arteta kini mengumpul perbezaan jaringan yang cukup besar untuk mengatasi dua pesaingnya itu sekiranya terikat pada kutipan mata.

Jentera serangan Chelseanyata tumpul tanpa penyerang utamanya, Cole Palmer yang tidak diturunkan akibat masalah kesihatan.

Arsenal mendahului hanya selepas lima minit menerusi Trossard yang meledak gol liga ke-15 musim ini.

Pesta gol tuan rumah bermula apabila White menambah jaringan tujuh minit selepas rehat.

Havertz kemudian menemui sasaran selepas mendapat lorongan Martin Odegaard.

Dia meledak gol keduanya hasil hantaran Bukayo Saka untuk gol ketujuh dalam 14 penampilan terakhir kelab.

White melengkapkan kemenangan Arsenal dengan jaringan menarik selepas mendapat hantaran daripada Odegaard.

Selepas 34 perlawanan Arsenal di tangga teratas liga mengumpul 77 mata, manakala Chelsea di kedudukan ke-9, 30 mata di belakang Arsenal.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini