comscore
Tumpuan :
Sukan

Iraq dan Vietnam saling waspada pertembungan suku akhir malam ini

Radhi Shenaishil (Foto AFC)

PETALING JAYA: Meskipun pasukannya dianggap pilihan menentang Vietnam pada suku akhir Piala Asia B-23 malam ini, pengendali Iraq Radhi Radhi Shenaishil tetap mengambil langkah waspada.

Masih teruja dengan peningkatan anak-anak buahnya pada dua perlawanan awal yang menyaksikan Iraq menjuarai Kumpulan C mengatasi juara bertahan Arab Saudi, Shenaishil mengakui memerlukan pendekatan berbeza berdepan Vietnam.

“Pusingan kalah mati sesuatu yang berbeza, kami menghormati Vietnam dan kami akan berusaha untuk mendapatkan keputusan yang baik.

Hoang Anh Tuan (Foto AFC)

“Iraq bermain baik dan menjadi pilihan untuk ke separuh akhir dan kami akan memanfaatkan peluang ini untuk menggembirakan penyokong kami, “kata pengendali berusia 57 tahun itu.

“Bolasepak Asia Tenggara dan Asia Barat sesuatu yang berbeza, pasukan Asean bergantung pada permainan pantas, Arab pula menampilkan permainan yang berkualiti dan berkemahiran,

‘Kami menyaksikan setiap perlawanan Vietnam, mereka memiliki disiplin dan pemain yang bagus, kami memerlukan pendekatan sendiri untuk menghadapi Vietnam dan harap kami menang,’ ujar Shenaishil

Sementara itu ketua jurulatih Vietnam Hoang Anh Tuan menekankan ada sedikit persamaan pengalaman mereka ketika tewas kepada Uzbekistan pada perlawanan terakhir Kumpulan D dan berdepan Iraq pada suku akhir malam ini.

Hoang bakal membuat lapan perubahan pada kesebelasan utama ketika menentang Uzbekistan dengan menampilkan pemain terbaiknya menentang Iraq untuk mara ke separuh akhir.

Dua tonggak Khuat Van Khang dan Nguyen Van Tung dijangka menjadi sandaran utama Hoang dan dia yakin pasukannya mampu mengejutkan Iraq.

“Memang betul kami pernah bertemu Iraq dan tewas tetapi itu sudah berlalu.

“Kedua-dua pasukan memiliki peluang tetapi cuma satu pasukan ke separuh akhir.

“Kekalahan kepada Uzbekistan tidak menjejaskan persiapan kami, Iraq juga tewas kepada Thailand pada perlawanan pertama, tidak bermakna Iraq lemah, maksud yang sebenar semuanya boleh berlaku.

“Terlalu banyak elemen dalam bolasepak yang boleh menentukan sesuatu keputusan, bukan semata-mata melihat kekuatan atau kelemahan di atas kertas,” ujar Hoang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini