comscore
Tumpuan :
Sukan

Ranking FIFA – Indonesia bakal pintas Harimau Malaya

Aksi Harimau Malaya menentang Oman pada saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.-Foto ihsan FAM

PETALING JAYA: Dua kekalahan berturut-turut kepada Oman pada saingan kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, nyata memberi kesan besar ke atas ranking Malaysia di pentas antarabangsa.

Kekalahan itu menyaksikan skuad negara bakal turun lima anak tangga dari kedudukan ke-132 ke kedudukan ke-136 dunia.

Malaysia tewas 0-2 pada perlawanan pertama di Kompleks Sukan Sultan Qaboos Jumaat lalu untuk kehilangan 7.98 mata dan kemudian kehilangan 7.65 mata lagi selepas kalah kali kedua 0-2 kepada lawan sama di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Musuh tradisi Harimau Malaya, Indonesia antara yang bakal memintas skuad bimbingan Kim Pan Gon itu.

Mengikut pengiraan tidak rasmi laman Footranking, Indonesia naik sembilan anak tangga ke kedudukan ke-133 susulan dua kemenangan tersebut selepas memungut 30.04 mata.

Pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 semalam, Indonesia yang dibimbing Shin Tae Yong tampil dengan prestasi mengagumkan apabila menewaskan Vietnam 3-0 di Stadium My Dinh untuk meraih 14.66 mata

Kemenangan itu mengulangi kejayaan 1-0 ke atas lawan sama pada aksi pertama di Stadium Bung Karno pada Khamis lalu, membolehkan tambahan 15.37 mata.

Sebagai rekod, kali terakhir Indonesia berada di atas Malaysia adalah pada Februari 2019 pada kedudukan 159 dunia berbanding Harimau Malaya ke-167.

Kedudukan rasmi ranking FIFA akan dikemaskini pada 4 April nanti.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini