comscore
Tumpuan :
Sukan

Skuad B-23 negara gilap aspek kecergasan dan taktikal 

Skuad Harimau Malaya B-23  kembali menjalani latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya selepas bertemu India B-23 dalam dua Perlawanan Antarabangsa Tier 2. -Foto ihsan FAM

KUALA LUMPUR: Aspek kecergasan dan taktikal Skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara masih membelenggu pasukan ketika saingan Piala Asia B-23 di Qatar hanya berbaki kurang sebulan.

Pengurus pasukan, Datuk Seri Shahril Mokhtar melihat aspek ‘match fitness’ dan taktikal perlu diperkemas namun dia optimis kelemahan itu dapat diperbaiki dalam tempoh dua ke tiga minggu ini.

Jelasnya, persembahan skuad negara masih belum berada pada tahap memuaskan selepas mengharungi dua aksi persahabatan menentang skuad B-23 India yang berakhir dengan kemenangan 2-1 dan terikat 1-1.

“Kerisauan utama sudah tentulah mengenai ‘match fitness’ tetapi saya percaya kita ada masa lagi sebelum ke Doha dan kita boleh perbaiki apa yang patut.

“Perkara ini memang sentiasa diperkatakan sejak beberapa minggu lepas tetapi barisan kejurulatihan akan mencari jalan terbaik membabitkan isu tahap kecergasan pemain kita.

“Harapan saya tinggi kerana saya tahu pemain boleh bermain sampai tahap mana dan mungkin akan datang (di Piala Asia B-23) mereka akan sampai ke kemuncak (prestasi),” katanya.

Skuad bimbingan Juan Torres Garrido akan berlepas ke Qatar pada 1 April ini dan akan mengharungi dua lagi persahabatan berdepan China (3 April) dan tuan rumah, Qatar pada 7 April.

Bagi saingan edisi kali ini, skuad B-23 diundi dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Kuwait dan  Vietnam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini