comscore
Tumpuan :
Nasional

LIMA 2023 Kini Kembali, Dijangka Pameran Terbesar Pernah Direkodkan 

PETALING JAYA: Hampir dua tahun ditunda akibat COVID-19, Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LlMA) secara rasminya akan diadakan ada tahun depan.

LIMA 2023 akan dianjurkan pada 23 hingga 27 Mei di Pulau Langkawi.

Edisi LIMA ’23 ini antara dinantikan bukan sahaja pengunjung malah pempamer dan delegasi untuk menyaksikan pelbagai segmen menarik yang akan disediakan sepanjang lima hari pameran berlangsung.

“Antaranya, memperkenalkan segmen pertunjukan dron dan perlumbaan dron, menampilkan segmen teknologi angkasa, Forum CEO Syarikat Penerbangan, program menyeluruh untuk remaja termasuk berkaitan pendidikan, kerjaya serta pertandingan permainan elektronik (egames), dan segmen wanita dalam pertahanan,” kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein. 

Menurut beliau, dijangka berlaku peningkatan dari jumlah pempamer, astaka negara, pelawat perdagangan dan awam, tetamu serta aset di LIMA ’23 yang terbesar pernah direkodkan.

“Dijangka jumlah pempamer atau syarikat terlibat 600. Pelawat perdagangan 45,000 orang awam pula lebih 200,000. Pesawat, aset udara, kapal dan aset maritim 110. Tetamu luar negara 380 orang membabitkan 41 negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ini sekaligus menjadi medan terbaik bagi syarikat-syarikat industri pertahanan dari seluruh dunia khususnya berkaitan aeroangkasa dan maritim untuk kembali bertemu secara bersemuka selepas pandemik melanda dunia.

LIMA ’23 juga bakal membuka lebih banyak peluang dan usaha untuk promosi kerjasama strategik antara syarikat industri pertahanan tempatan dengan antarabangsa selari dengan matlamat Dasar Industri Pertahanan Negara yang sedang dirangka ketika
ini.

Loading...
Terkini