comscore
Tumpuan :
Artikel

Malaysia-Indonesia Tandatangani MOU Perkukuh Kerjasama Pertahanan


Oleh Salina Zakaria 

PETALING JAYA: Malaysia dan Indonesia sepakat memperkukuhkan kerjasama pertahanan sedia ada dengan menandatangani memorandum persefahaman MOU antara kedua-dua negara.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, MOU yang ditandatangani itu akan menjadi satu lagi suntikan nafas baharu terhadap kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Indonesia.

MOU turut membolehkan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara diperluaskan merangkumi lima skop.

“Lima skop terbabit ialah perkongsian maklumat isu-isu pertahanan, dengan meningkatkan kerjasama antara kedua-dua angkatan tentera di pelbagai peringkat termasuk pertukaran pegawai, latihan, pendidikan dan eksesais ketenteraan”, ujar Datuk Seri Hishammuddin dalam satu kenyataan.

“Perkara lain termasuk sesi dialog dan rundingan dua hala mengenai isu-isu pertahanan strategik dan ketenteraan berdasarkan kepentingan bersama”, 

“Selain kerjasama dalam bidang sains dan teknologi serta industri pertahanan”, katanya.

Turut dipersetujui latihan bersama dalam usaha menangani ancaman pengganas Malaysia – Indonesia Darat Samudera Angkasa (LATGABMA MALINDO DARSASA) yang melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan.

Latihan akan dilaksanakan semula pada tahun depan dengan memberi fokus kepada anti keganasan.

Terdahulu, Datuk Seri Hishammuddin mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya,iaitu Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto pada Mesyuarat ke-42 General Border Committee Malaysia-Indonesia (GBC MALINDO) di ibu negara, hari ini.

Loading...
Terkini