comscore
Tumpuan :
Politik

PASCA PRU-15: “Kerjasama PH, BN, saya rela dipecat” – Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hishammuddin Hussein tetap bertegas dengan pendiriannya menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan .

Malah beliau rela dipecat.

Menerusi Facebooknya, beliau mempersilakan pihak parti untuk memecatnya kerana berpegang pada pendirian itu.

“Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi – tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan”.

“Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini.

“No Anwar, No DAP. Pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan,” katanya.- BULETIN TV3

Loading...
Terkini