comscore
Tumpuan :
Politik

Calon dan jentera BN perlu fahami manifesto – Hishammuddin

 

Oleh Raja Nurul Antasha Raja Zaman

KLUANG : Semua calon BN yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 15 perlu memahami manifesto parti itu supaya dapat diterjemahkan dengan jelas kepada rakyat.

Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jentera yang bekerja untuk memenangkan calon juga perlu melihat manifesto berkenaan sebagai sesuatu yang penting dan serius.

Sekiranya manifesto berkenaan tidak difahami, BN akan disamakan seperti segelintir pihak yang hanya menjanjikan perkara yang akhirnya tidak dapat ditunaikan.

“Dalam kita nak ke hadapan ini, kita mahu semua calon-calon kita membawa manifesto ketika bertemu rakyat kerana ini merupakan janji kita kepada rakyat.

“Sekiranya janji itu tidak difahami, ia tidak dapat diterjemahkan di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen P153 Sembrong berkata demikian selepas majlis pelancaran jentera BN Parlimen Simpang Renggam di Jalan Muafakat, di sini malam tadi.

Isnin lalu, BN melancarkan manifesto PRU-15 dengan memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat, pertumbuhan ekonomi yang stabil, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta pendidikan.

Manifesto yang dinamakan Perancangan Amal dan Usaha BN (PADU) menggariskan lima fokus utama dan 99 tawaran yang akan dinikmati pelbagai golongan masyarakat terutamanya kumpulan B40 dan M40 selain tidak melupakan golongan T20. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini