comscore
Tumpuan :
Bencana

Banjir kilat landa Johor Bahru

Video tular

Oleh Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Hujan berterusan sejak tengahari tadi menyebabkan beberapa kawasan perumahan sekitar bandaraya Johor Bahru dan Pasir Gudang dilanda banjir kilat.

Lebuhraya Johor Bahru ke Pasir Gudang turut dinaiki air menyebabkan hubungan terputus sejak jam 3 petang tadi.

Ratusan kenderaan terperangkap terutama di Simpang Bandar Sri Alam.

Beberapa taman perumahan termasuk Kampung Hajjah Hasnah dinaiki air hingga 0.6 meter.

Paras Sungai Muar meningkat mendadak hingga menghampiri paras bahaya iaitu 19.89 meter berbanding paras bahaya 19.95 meter.

Bagaimanapun hingga kini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka bagi menempatkan penduduk yang menjadi mangsa banjir.

Loading...
Terkini