comscore
Tumpuan :
Nasional

521 mangsa banjir masih di 3 PPS di Dungun

Sukarelawan sedang membantu membersihkan kediaman penduduk di Kampung Shukor. – FOTO: NSTP

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus menunjukkan penurunan dengan 521 mangsa masih terjejas dan setakat jam 4 petang, kesemua mangsa daripada 170 keluarga berada di tiga PPS di Dungun.

Dungun menjadi satu-satunya daerah yang masih dilanda banjir gelombang keempat yang bermula Selasa lalu.

Pagi tadi, seramai 782 mangsa daripada 228 keluarga berada di enam PPS di daerah berkenaan.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu,tiga PPS yang masih aktif adalah Dewan Serbaguna Kampung Shukor,Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Serbaguna Kampung Paya Kemudi.

FOTO: NSTP

PPS di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja menempatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 247 mangsa daripada 96 keluarga diikuti Dewan Serbaguna Kampung Shukor yang menjadi tempat berteduh 226 mangsa (61 keluarga).

Seramai 48 mangsa daripada 13 keluarga lagi berada di PPS Dewan Serbaguna Kampung Paya Kemudi.

| ARTIKEL BERKAITAN

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini