comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Affin Hwang sasar terbit 96 waran berstruktur 

FOTO: NSTP

Oleh Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Affin Hwang Investment Bank Bhd (AIHB) sasar untuk terbitkan minimum 96 waran berstruktur — purata lapan waran setiap bulan, tahun ini.

Waran adalah alat urus niaga saham yang dicipta untuk membolehkan pelabur runcit membeli saham mewah atau indeks dengan harga yang lebih murah.

Pengarah Bersekutu Sekuriti Ekuiti Derivatif, AHIB, Lim Chin Anh berkata “Kami lihat sektor seperti penerbangan dan pelancongan semakin meningkat apabila China melonggarkan beberapa dasar awamnya. Justeru, ia akan menjadi salah satu fokus kami.”

“Selain itu, kami juga akan melihat perkembangan ekonomi global serta bagaimana kadar faedah akan memberi impak kepada bank dan sektor kewangan kerana terdapat permintaan daripada pelabur.”

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Majlis Penyenaraian Waran Berstruktur Permulaan AHIB di sini, hari ini.

Tahun lalu, lebih 24,000 pelabur runcit terlibat dalam dagangan waran berstruktur, dengan nilai dagangan RM13.83 bilion.

Manakala terdapat 1,447 penyenaraian waran berstruktur baharu, menghampiri paras tertinggi 1,452 penyenaraian pada tahun sebelumnya.

Loading...
Terkini