comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Aktiviti belian pacu dagangan Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Aktiviti membeli pada sesi awal dagangan pagi ini membantu memacu pemulihan Bursa Malaysia untuk memulakan urus niaga tinggi di tengah-tengah keyakinan pelabur bahawa pengurangan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) akan berlaku lebih awal daripada jangkaan.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) memperoleh 1.69 mata kepada 1,451.15 daripada penutupan Selasa 1,449.46.

Indeks utama menambah 1.45 mata pada 1,450.91 semasa sesi pembukaan dagangan.

Pergerakan harga di pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 145 berbalas 101, manakala 216 kaunter tidak berubah, 1,852 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 80.21 juta unit bernilai RM48.08 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata laporan mengenai pembukaan pekerjaan AS pada hari perniagaan terakhir Oktober, yang jatuh ke paras terendah sejak awal 2021, memungkinkan Rizab Persekutuan menamatkan kitaran naik kadar faedahnya, malah penurunan kadar dijangka boleh dilihat seawal Mac tahun hadapan.

Sementara di dalam negara, Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Kenny Yee mengunjurkan FBM KLCI kekal stabill dan berlegar dalam julat 1,445-1,455 untuk hari ini. – BERNAMA

Loading...
Terkini