comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Aktiviti perkilangan kembali meningkat – Penganalisis

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan melonjak ke paras tertingginya dalam tempoh lima bulan pada Mac kepada 48.8 berbanding 48.4 pada Februari.

Kenanga Investment Bank Bhd dalam nota penyelidikan berkata, kenaikan PMI pembuatan menandakan pemulihan sederhana sektor itu apabila bacaan PMI kekal pada tahap penguncupan (di bawah paras neutral 50.0).

“Permintaan kekal lemah tetapi bertambah baik berbanding bulan sebelumnya.Tahap output merosot di tengah-tengah persekitaran permintaan terhenti susulan jumlah pengeluaran berkurangan bagi tempoh lapan bulan berturut-turut.

“Kadar pesanan baharu berkurangan pada kadar paling sederhana dalam tempoh lima bulan selepas beberapa syarikat melaporkan peningkatan dalam tempahan pelanggan,” katanya.

Tempahan eksport baharu menyusut kepada paras paling sederhana sejak Julai tahun lalu, mencerminkan sedikit pemulihan dalam permintaan luaran.

“Tekanan kos meningkat pada kadar lebih sederhana dalam tempoh 34 bulan di mana kos input menyederhana pada Mac disebabkan pengurangan harga minyak walaupun harga bahan mentah serta pembungkusan meningkat.

“Namun begitu, harga yang dikenakan untuk barangan secara amnya tidak berubah, dengan beberapa firma melaporkan penurunan harga dalam usaha untuk meningkatkan permintaan,” katanya.

Bank pelaburan itu berkata, sentimen perniagaan kekal positif pada Mac dengan pengilang kekal optimistik bahawa permintaan akan kembali normal dalam tempoh 12 bulan akan datang, tetapi tahap keyakinan berkurangan kepada paras terendah dalam tempoh tiga bulan.

“Penambahbaikan berterusan dalam rantaian bekalan disebabkan oleh kurang kesesakan di pelabuhan dan pekerjaan yang lebih tinggi pada bulan dikaji.

“Persekitaran sektor pembuatan dalam kalangan ekonomi maju bertambah baik sedikit tetapi kekal pada tahap penguncupan,” katanya. — BHONLINE

Loading...
Terkini