comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bank-bank Malaysia catat prestasi kewangan luar biasa

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Keputusan kewangan bank di Malaysia pada suku pertama 2023 amat memberangsangkan dengan prestasi tujuh daripada lapan bank tempatan yang disenaraikan di Bursa Malaysia mencapai unjuran, demikian menurut Kenanga Research.

Penganalisisnya, Clement Chua, berkata satu-satunya bank yang tidak menepati jangkaan adalah Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) yang dipercayai berpunca daripada tekanan kos masa hadapan menerusi pelan pendigitalan bank berkenaan.

Beliau berkata, prestasi bank-bank lain berada dalam jangkaan dengan kebanyakannya mencatatkan penyederhanaan margin faedah bersih (NIM), malah bank-bank bersaiz besar mencatatkan bacaan yang mantap bagi tempoh suku tahunan itu.

Katanya, kebanyakan bank menyaksikan penyederhanaan NIM dari suku ke suku, walaupun beberapa bank seperti Alliance Bank Malaysia Bhd (ABMB) dan Public Bank Bhd mencatatkan kenaikan tahunan, dipertahankan oleh campuran produk dan harga yang lebih baik.

Menurutnya, di tengah-tengah kitaran menaik Kadar Dasar Semalaman (OPR), paras akaun semasa dan akaun simpanan (CASA) menipis apabila pendeposit mencari alternatif dengan hasil yang lebih tinggi.

“Kebanyakan aliran seluruh industri dilihat sudah dijangka sebahagian besarnya, iaitu pemampatan NIM daripada persaingan ketat deposit; kos kredit yang lebih rendah secara berturutan dan peningkatan pendapatan daripada pelupusan cukai kemakmuran.

“Faktor ini berkemungkinan berterusan untuk baki tahun semasa 2023, dengan NIM berkemungkinan reda daripada sebarang kenaikan kepada OPR,” katanya dalam satu penyelidikan.

Loading...
Terkini