comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada Khamis selepas mengambil petunjuk daripada prestasi bercampur-campur dalam tempoh semalaman di Wall Street berikutan sentimen terjejas susulan peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Beliau berkata selain itu, data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan inflasi utama AS juga akan dikeluarkan pada hari ini dan esok.

Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.81 mata lebih baik kepada 1,573.29.

Walau bagaimanapun, bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 285 berbanding 224, manakala 316 kaunter tidak berubah, 1,541 kaunter tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 574.29 juta unit bernilai RM196.19 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) menambah 43 mata, manakala Nasdaq merosot 11 mata apabila hasil 10 tahun Perbendaharaan AS meningkat kepada 4.648 peratus.

Beliau berkata Wall Street juga mungkin terus terjejas berikutan laporan keuntungan yang kurang memberangsangkan, termasuk daripada Meta dan IBM.

Pada masa yang sama, Indeks Hang Seng Hong Kong melepasi ambang 17,000 untuk ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh lima bulan dengan keyakinan bahawa pendapatan korporat akan meningkat.

“Walaupun prestasi tidak menentu dalam pasaran saham AS, kami berpandangan dana asing mungkin terpaksa melihat semula pasaran Asia Tenggara yang menawarkan cadangan nilai yang lebih baik.

“Ketika kita memasuki musim pendapatan suku pertama, korporat Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan pendapatan 16 peratus lebih baik bagi 2024. Oleh itu, kami menjangkakan indeks itu berada dalam julat 1,565 hingga 1,580 hari ini,” katanya kepada Bernama. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini