comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bank Negara sedang muktamad Rangka Kerja DITO

Oleh: Afrina Romzi

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) sedang memuktamadkan rangka kerja Penanggung Insurans dan Pengendali Takaful Digital (DITO) yang bakal diperkenalkan pertengahan tahun ini.

Timbalan Gabenor BNM, Adnan Zaylani berkata rangka kerja ini mengambil kira rangkuman kewangan yang dipacu pendigitalan serta teknologi kewangan (Fintech).

“Kami telah melancarkan bank digital dan sekarang kami dalam proses untuk menghasilkan, memuktamadkan rangka kerja untuk insurans dan takaful digital yang sepatutnya diperkenalkan pada pertengahan tahun ini.

“Apabila kita melihat aspek kawal selia secara menyeluruh, kita cuba mengimbangi tetapi, kami perlu memasukkan beberapa objektif lain dalam rangka kerja pembangunan dasar. Perkara pokok ketika ini adalah rangkuman kewangan,” katanya di Sidang Kemuncak KL20 2024 hari ini.

Tahun lalu, BNM berkata ia akan memperhalusi beberapa aspek rangka kerja DITO berdasarkan maklum balas daripada pihak berkepentingan.

Penambahbaikan akan dibuat termasuk memberi kejelasan bagi model perniagaan yang baru muncul dan inovatif untuk menggalakkan penyertaan lebih luas daripada peserta dalam rantaian nilai insurans dan takaful.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini