comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Belanjawan 2024: tumpu usaha tarik pelaburan domestik

Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim. – NSTP

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2024 dijangka turut memberi perhatian untuk meningkatkan pelaburan langsung domestik (DDI) di samping usaha berterusan menarik pelaburan langsung asing (FDI).

Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong, berkata usaha meningkatkan DDI itu adalah dengan membantu perniagaan Malaysia terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk terus berkembang dan berdaya saing dalam pasaran tempatan dan juga antarabangsa.

“Pelaburan asing penting dan kita akan terus memperbanyakkan usaha mendapatkan FDI. Namun, kita juga akan melihat DDI, sebagai salah satu KPI kerajaan.

“Perniagaan di Malaysia terutama PKS perlu mendapat sokongan selepas pandemik. Kita hendak melihat cara meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Belanjawan 2024 akan dirangka dalam kerangka Ekonomi MADANI dengan teras utama menaikkan siling dan menaikkan lantai,” katanya

Mengulas lanjut, Chee Keong berkata, kerajaan akan terus menyokong pengembangan PKS bagi membolehkan mereka bersaing dalam sektor yang lebih bernilai tinggi.

Malah, katanya, sokongan yang diberikan itu juga membolehkan mereka bersaing bukan saja dalam pasaran tempatan tetapi juga pasaran antarabangsa.

Mengenai penubuhan Pusat Penghantaran Serantau Allianz Technology, Sim berkata, ia adalah satu inisiatif yang baik dan dijangka mewujudkan 500 peluang pekerjaan berasaskan teknologi yang bergaji tinggi, yang selaras dengan hasrat yang ingin dicapai kerajaan dalam Ekonomi MADANI untuk menaikkan siling dan lantai.

Loading...
Terkini