comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Brazil sasar ganda eksport daging ayam halal ke Malaysia

Foto hiasan

Kerajaan Brazil mengumumkan empat kilang ternakan tambahan diluluskan untuk menjual produk halal ke Malaysia, langkah yang diharapkan akan membolehkan eksport ke negara ini meningkat sekali ganda berbanding jumlah tahun lalu.

Negara Amerika Selatan itu, pengeksport daging ayam terbesar dunia, menjual 13,600 tan ayam halal ke Malaysia pada 2023, yang bernilai kira-kira AS$20 juta (RM94.6 juta), demikian menurut data kerajaan.

Lesen baharu itu diberikan kepada kilang yang terletak di Parana, Minas Gerais, Mato Grosso do Sul dan Rio Grande do Sul, kata kerajaan, menjadikan jumlah kilang Brazil yang diluluskan untuk mengekspot ke Malaysia bertambah kepada tujuh.

Langkah itu mencerminkan ‘keyakinan Malaysia terhadap kualiti daging ayam halal yang dikeluarkan di Brazil’, kata kerajaan Brazil.

“Malaysia dikenali kerana standard kualiti dan keselamatan makanan yang ketat, terutamanya bagi produk halal, yang mesti memenuhi kriteria persediaan mengikut undang-undang Islam.”

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini