comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia bercampur-campur semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan kekurangan minat belian yang kukuh.

Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.10 mata kepada 1,466.98 daripada 1,466.88 pada Rabu.

Saham pandu pasaran dibuka rendah 0.49 mata kepada 1,467.37 dan bergerak antara 1,462.59 dan 1,469.12 sepanjang sesi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 531 berbanding 302 manakala 345 kaunter tidak berubah, 1,077 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.88 bilion unit bernilai RM869.12 juta.

Menurut Hong Leong Investment Bank, konsolidasi jangka pendek FBM KLCI akan diguna pakai berikutan pelabur menunggu lebih banyak petunjuk dasar daripada kerajaan perpaduan dan mengambil kira ketidaktentuan luaran yang didorong oleh inflasi dan kegelisahan mengenai kadar faedah.

“Selagi indeks dapat mengekalkan kedudukannya melebihi paras 1,454 atau menyokong aliran trend, kami terus optimis bahawa FBM KLCI akan dapat meneruskan momentum meningkatnya,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini. – BERNAMA

Loading...
Terkini