comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia catat prestasi bercampur-campur pada tengah hari

FOTO: Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi bercampur-campur pada Khamis, dalam keadaan ketidaktentuan mengenai keputusan pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS) selain kebimbangan terhadap sekatan COVID-19 yang berterusan oleh China, kata peniaga.

Pada rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.72 mata kepada 1,450.91 daripada 1,446.19 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks utama pasaran itu dibuka 3.88 mata lebih rendah kepada 1,442.31 sebelum bergerak di antara 1,440.76 dengan 1,453.27 sepanjang sesi.

Bagaimanapun bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 435 berbanding 288, manakala 343 kaunter tidak berubah, 1,260 kaunter tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.13 bilion unit bernilai RM735.33 juta. – BERNAMA

Loading...
Terkini