comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka tinggi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh dan dilihat sebagai petunjuk kepada pendapatan daripada syarikat-syarikat besar yang akan dilaporkan dalam tempoh beberapa hari akan datang, kata penganalisis.

Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 7.81 mata kepada 1,569.45 daripada 1,561.64 pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 3.85 mata kepada 1,565.49.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 284 berbanding 105 manakala 277 kaunter tidak berubah, 1,698 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 220.10 juta unit bernilai RM112.89 juta.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini