comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PM tiba di Riyadh, hadiri mesyuarat khas WEF

RIYADH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh Arab Saudi, bagi rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid pada kira-kira 10.25 malam Sabtu waktu tempatan atau 3.25 pagi Ahad waktu Malaysia.

FOTO: Fath Rizal / PMO

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Menteri Luar Arab Saudi, Waleed A. Elkhereiji.

FOTO: Fath Rizal / PMO

Riyadh akan menjadi hos mesyuarat khas itu yang berlangsung selama dua hari bermula Ahad ini bertemakan ‘Kerjasama Global, Pertumbuhan dan Tenaga untuk Pembangunan.’

Perdana Menteri menerima jemputan peribadi daripada Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman untuk menyertai sesi panel bertemakan ‘Wawasan Baharu untuk Pembangunan Global’ bersama-sama pemimpin negara lain semasa pembukaan mesyuarat khas itu.

FOTO: Fath Rizal / PMO

Beliau turut dijadualkan menyertai beberapa sesi dialog lain serta mengadakan mesyuarat dua hala bersama beberapa pemimpin dunia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini