comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka tinggi, ambil petunjuk prestasi kukuh Wall Street

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada hari Isnin, mengambil petunjuk daripada prestasi Wall Street yang positif pada Jumaat lepas, dirangsang data pekerjaan Amerika Syarikat yang kukuh, kata seorang peniaga.

Pada 9.31 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.29 mata kepada 1,420.17 daripada penutupan Jumaat lalu pada paras 1,416.88.

Indeks utama meningkat 0.18 mata untuk dibuka pada 1,417.06.Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 266 berbalas 209, manakala 327 kaunter tidak berubah, 1,508 tidak diniagakan dan lapan digantung.

Jumlah dagangan 406.73 juta unit bernilai RM199.27 juta.

Loading...
Terkini