comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka tinggi dalam dagangan awal 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka positif pada Rabu, mengambil isyarat daripada aliran meningkat semalaman di Wall Street selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) adalah seperti yang dijangkakan.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.54 mata kepada 1,383.15 daripada 1,380.61 sewaktu ditutup semalam.

Indeks utama itu dibuka kukuh 1.09 mata kepada 1,381.70.

Pasaran lebih luas adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 209 kepada 137, manakala 229 kaunter tidak berubah, 1,680 tidak diniagakan dan 12 lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 212.87 juta unit bernilai RM98.59 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata data inflasi AS adalah seperti yang dijangkakan, justeru, melahirkan harapan bahawa Rizab Persekutuan AS mungkin menghentikan seketika kenaikan kadarnya lewat hari ini.

“Kami berpendapat FBM KLCI akan meningkat dan bergerak dalam jajaran 1,380-1,390 hari ini, mengambil isyarat daripada prestasi optimis di Wall Street.

“Kami yakin minat belian mungkin berlaku dalam saham-saham teknologi, namun aktiviti pengambilan untung mungkin ada berikutan peningkatan yang mendadak sejak akhir Mei,” katanya kepada Bernama.

Loading...
Terkini