comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki pergerakan Wall Street

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan kukuh berterusan di Wall Street dengan didorong pembelian semasa harga murah susulan penjualan baru-baru ini.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.35 mata kepada 1,490.96 daripada 1,487.61 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

FBM KLCI dibuka 0.99 mata lebih tinggi kepada 1,488.60.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 299 berbanding 161, manakala 356 kaunter tidak berubah, 1,404 kaunter tidak diniagakan dan 19 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 531.69 juta unit bernilai RM203.24 juta.

Loading...
Terkini