comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Mula Susut Beberapa Minit Kemudian

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada pagi urus niaga Isnin tetapi turun dalam beberapa minit kemudian berikutan kemunculan kegiatan pengambilan untung sederhana membabitkan saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah sentimen berhati-hati yang kian ketara dalam pasaran serantau, kata seorang peniaga.

Pada 9.18 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.19 mata menjadi 1,382.28  berbanding 1,382.47 pada penutup dagangan Jumaat.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.03 mata lebih tinggi pada 1,383.50.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 249 berbalas 126, manakala 227 kaunter tidak berubah, 1,743 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 200.65 juta unit bernilai RM100.40 juta.

Loading...
Terkini