comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia ditutup rendah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Indeks barometer Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa, berikutan peningkatan semula saham telekomunikasi, produk dan perkhidmatan pengguna serta perbankan.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.56 mata kepada 1,449.46 daripada 1,451.02 pada Isnin.

Indeks, yang dibuka tinggi 0.11 mata kepada 1,451.13, turun naik antara 1,444.58 dan 1,451.59 pada sesi dagangan.

Suasana pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 492 berbanding 369 manakala 467 kaunter tidak berubah, 986 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 3.54 bilion unit bernilai RM2 bilion daripada 3.16 bilion unit bernilai RM1.87 bilion pada Isnin.

Loading...
Terkini