comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Kegiatan Pengambilan Untung 

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia susut daripada kenaikan sebelum ini untuk ditutup rendah sedikit hari ini susulan aktiviti pengambilan untung di kaunter utiliti serta telekomunikasi di tengah-tengah prestasi berhati-hati di pasaran serantau.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.62 mata untuk ditutup kepada 1,518.16 berbanding paras penutup 1,518.78 pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran yang dibuka 0.77 mata lebih tinggi pada 1,519.55 pagi ini, bergerak antara paras 1,516.57 dan 1,527.84 sepanjang hari dagangan.

Suasana pasaran negatif sedikit apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 444 berbanding 394, manakala 436 kaunter tidak berubah, 1,005 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.72 bilion unit bernilai RM1.91 bilion daripada 2.69 bilion unit bernilai RM2.22 bilion sebelumnya.

Petronas Gas dan Digi.com merupakan antara penyumbang terbersar kepada penurunan indeks komposit, turun 28 sen dan 7.0 sen masing-masing kepada RM17.02 dan RM3.79, menyumbang kepada gabungan 1.87 mata. – BERNAMA

Loading...
Terkini