comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Selepas Enam Hari Berturut – Turut Catat Prestasi Meningkat

FOTO: Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa selepas mencatatkan prestasi meningkat selama enam hari berturut-turut, berikutan pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi didahului saham Petronas Chemicals dan Public Bank.

Kenaikan ketara dalam Axiata dan CIMB bagaimanapun membantu mengekang aliran turun selanjutnya dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang berakhir 2.01 mata lebih rendah kepada 1,444.41 berbanding penutupan Jumaat pada 1,446.42.

Indeks barometer itu dibuka 2.72 mata lebih tinggi kepada 1,449.14 sebelum bergerak di antara 1,441.19 dengan 1,454.06 sepanjang sesi dagangan.

Keseluruhan pasaran sedikit negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 445 berbanding 420, manakala 384 kaunter tidak berubah, 1,103 kaunter tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.26 bilion unit bernilai RM1.76 bilion daripada 2.04 bilion unit bernilai RM1.51 bilion pada Jumaat minggu lepas. – BERNAMA

Loading...
Terkini