comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia Ditutup Tidak Berubah Susulan Pengambilan Untung Pada Saat Akhir

FOTO: Bursa

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tidak berubah hari ini berikutan penjualan pada saat akhir menjelang pembentangan Bajet 2023 esok, kata penganalisis.

Pada 5 petang, indeks petunjuk pasaran turun 0.12 mata atau 0.01 peratus kepada 1,420.43 daripada 1,420.55 pada Rabu.

Ia dibuka meningkat 4.2 mata kepada 1,424.75 dan bergerak sehingga 1,428.13 pada pertengahan pagi.

Bagaimanapun, suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 435 berbanding 328, manakala 427 kaunter tidak berubah, 1,157 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 2.25 bilion unit bernilai RM1.59 bilion.

BERNAMA

Loading...
Terkini