comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan trajektori meningkatnya untuk ditutup tinggi hari ini mendapat rangsangan daripada sentimen positif di pasaran serantau, kata seorang penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah turun 1.58 mata kepada 1,567.67, bergerak antara paras 1,566.34 dan 1,575.57 sepanjang sesi dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 621 berbanding 466 manakala 470 kaunter tidak berubah, 816 tidak diniagakan dan 52 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 4.11 bilion unit bernilai RM3.25 bilion daripada 3.96 bilion unit bernilai RM2.83 bilion sebelumnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini