comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah, mengambil isyarat daripada sentimen bercampur-campur di bursa serantau, kata peniaga.

Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.81 mata kepada 1,471.57 daripada 1,476.38 pada Selasa.

Indeks utama dibuka pada 1,476.39.

Sentimen pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 425 berbanding 345, manakala 442 kaunter tidak berubah, 962 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 2.06 bilion unit bernilai RM1.11 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata aktiviti belian semasa harga rendah akan berlaku pada bila-bila masa berikutan pada masa ini, indeks itu bergerak pada paras terendah dalam masa sebulan.

Dalam nota kepada Bernama, beliau berkata indeks itu boleh berada dalam jajaran 1,480-1,490 hari ini dengan tumpuan kepada saham-saham perbankan dan tenaga.

BERNAMA

Loading...
Terkini