comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia lemah pada sesi dagangan tengah hari

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR: Kekurangan pemangkin baharu mendorong dagangan Bursa Malaysia diniagakan lemah di tengah-tengah sentimen berhati-hati berikutan pergerakan menurun semalaman Wall Street.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.58 mata kepada 1,378.68 daripada 1,381.26 pada penutupan Jumaat.

Namun begitu, pada sesi pembukaan, ia bergerak tinggi sebanyak 0.84 mata pada 1,382.10.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 469 berbalas 294, manakala 396 kaunter tidak berubah,1,084 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan RM2.21 bilion bernilai RM896.62 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, penjualan ekuiti tempatan tampak tidak wajar kerana prestasi syarikat pada suku pertama 2023 sebahagian besarnya dalam jangkaan dan prospek ekonomi tempatan kekal positif.

“Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI akan berada dalam aliran julat 1,380-1,390 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Thong menekankan penjualan saham perbankan baru-baru ini menawarkan lebih banyak potensi peningkatan untuk pelabur, justeru beliau menjangkakan saham itu telah cukup matang untuk pengumpulan tidak lama lagi. — BERNAMA

Loading...
Terkini