comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia meningkat pada tengah hari

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih tinggi, didorong oleh belian ketara saham-saham wajaran tinggi, didahului oleh sektor pembinaan.

Pada rehat tengah hari, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 2.19 mata kepada 1,418.03 daripada 1,415.84 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu yang dibuka turun 2.40 mata pada 1,413.44, bergerak dalam jajaran 1,412.17 dan 1,420.61 pada sesi dagangan tersebut.

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 422 berbanding 350 manakala 392 kaunter tidak berubah, 1,124 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung dagangannya.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Wall Street mencatatkan pemulihan semalaman selepas penurunan selama beberapa hari berikutan data gaji swasta bagi September 2023 yang lebih rendah daripada jangkaan walaupun hasil Perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) kekal tinggi pada 4.74 peratus.

“Sehubungan itu, kami menjangkakan Indeks FBM KLCI akan bergerak dalam jajaran 1,415 hingga 1,425 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, saham tenaga berkemungkinan berdepan tekanan susulan kejatuhan harga minyak mentah yang menyaksikan Brent jatuh ke bawah paras US$86 setong daripada US$91 setong berikutan jangkaan kelemahan permintaan dalam persekitaran kadar faedah yang tinggi.- BERNAMA

Loading...
Terkini